Sayang seorang Ayah

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Cinta Sejati Seorang Ibu

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Antara Sabar & Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."   Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."   Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."   Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

3 Jam Bersama


Assalam…


Okk…hmm…mcam mna mo mula entry kali ah?hahaha..
First…sy akan mggunakan bahasa sabah,rojak,mee bandung,tomyam & sglanya lah…alaa..campur2 la maksud dia tuh…haha…selama ni pkai bhasa ‘semena’e kononn..tiba2 kali ni mo tukar…knapa ar?
Sebab….kali ni mo post psal kwan2 ku yg terchenta d sabahh…& org ‘semena’e x fham pun teda yg kesah!..
Hohoo…

Dalam msa x smpai sminggu lgi sy akan berangkat ke tanah Arab,ikut soami….jdi,rasa mo jumpa kwan2 sbelum blah tu mmg mmbuak2 btul…ee..sa mo jumpa c polan dlu…pastu c polan..c polan pun cuti kn skrang…aaa..kalo bleh smua pn sa mo jumpa…
Bila g dpat jumpa oo..maybe pas ni kn akan lebih susah mo jumpaa..
Uwaaa..sy ni dah la jenis cepat Reeenduu Renduuaann..
Huhu..
Jadi,sa pun cbuk la sms mereka..
Mula-mula yg sa sms c Dydue..hehee…my childhood pren baitu..
Memandangkn sy lama x top up.malas la kunun coz,jrang juga men hs skrg,jadi sy mnta tlong c Dydue la sms sepa2 yg fre…mo jmpa,gathering sikiiiiijap pn jadi laa…huhuu
Lgipun,c Dydue cpat sket bab2 mmberitahu ni..kan Due?
Hehehe..

Pastu try sms dorg c Along,Eysa..mula2 xda yg reply sms sa taw…huh! Agak sedih d situ…kenapa?? Kamu x mo jumpa sa ka?
Alaa…sepa la bas a ni..huhu..(puiihh,mngada suda!)haha..
Tapi,rupa2nya mreka agak cbuk sbb tu x treply sms smua..anyway,keesokan harinya,Dydue gtau,dorg dpat juga mo kluar…kluar la,p pekan…dorg pn balas sms sa jua..paling last dpat di kesan,c Naqia!!
Hehe..tpi,apa pun sa tetap gembira…
Sekurang2nya sa sempat jumpa separuh dripada kamu smuaa..Yeaaahhh…

Lepas Zohor,sy pn bersiap la..mula2 tu sa saja ja lambat2 nih..hahaha
Sbab besa nya kn kta min lambat2..rupa2nya,kmu smua d KFC uda,..waa..Tunggu Sa!!!
Bah,kelam kabut la kunun..hehe..pdhal rumah dekat jak..
Mula2 mo drive sndri tpi husband x bagi,dia mo hantar..ok..baik lah…Jam 2 kali tu sa smpai kn..hahah

Sampai tu trus nampak c dydue ma along d kaunter…aaaaa!!...
Mcm mo teriak seja!haha..excited kunu..Along,Gojes!!! Sy yg half Arabian pn x pkai gitu,Smart la!..nnti d Arab bru sy berabis gitu..hee..Dydue,yeah,dgn style dia yg simple tu..Gud2..pakai tudung..hehee..
Mmg teruja kan ko nmpak sy due,x sabar2 ko balik2 pegang puyut sy..
Aikk…kmu mmbayar suda??
Kenapa?
Kan sa ckap mo blanja…aiyaa…
Dorg pn pa lagi??? Oya ka?hahaha…bayar la utk kami..
Iena & Eysa,dorg ckap,Kotoh nogi kmu bayar dluan..hahaha

Mula2 sa x tau ada c Iena baitu..nek atas bru sa nmpak dia..
Ienaaa…ko pn antra yg paaling jarang sa jumpa..hehe
Sa tau ko trharu tgk sa kan?(min2)..sbab sa nmpak airmata ko btakung mnunggu waktu brjuraian saat melihat tummy sy lalu mnyentuh nya..hahahahaha…
Eysa…..sa rindu kecomelan ko..hahahaha
Yui..agayoo nodi tian nu egeew…dblang c eysa..hee..
Masih ingt g kunu…

Ok laa…
Ni antra knangan yg smpat d rakam wktu brsama mreka….
Aduiii…sy amat gembira wlupun kta jumpa btul 3 jam jak!
(sa kira taw)
Tpi sa agak kcewa ckit coz camera dslr ku rusak skrin nya,bwa cmera dgital jak..tu pn,bukan ambik gmbar berabisan..huhu…
Asalkan ada sket la kn…


Utew..Iena..Eysa
c Dydue...neeehh

Alongg.....

Thanks Juga pda c Utew ni sbb hujan2 pn dia trun juga p jumpa kmi..hehe






Lepas Makan2 tu,kami p kundasang...
Wat pa? saja mo jalan2 & dorg c Iena mo buat sesi fotografi…hee

Tgk?!..haisy..kalo sa tau,awal2 g sy p repair camera gedabak sa tuh..

Xpa laa..

Gi pun,bukan tu tjuan sa mo gathering…hehehe

Sepanjang pjalanan tu,sa rsa yg paaaling byk mimbebek kn,sa la kali..haha

Ada skali tu lgi,sa nmpak da jalan x rata d depan,tym naik p hutil perkasa..

Sa gitau c along bee,selaku pemandu ketika itu…sa blang,Long,slow sket,jalan nda rata u d depan,lubang dalam………….tet…senyap jak..

Sa pun,oo..dia x dgr kali,xpa la…

Booommm! Breett!...hahahaha..bunyi pa tu?

Bunyi kreta melambung & thentak,pastu org2 yg berada d dlam nya smua trlambung & thantuk juga..

Argghhhhh..!! da jga la yg bteriak..hehehe..

Pastu,c Iena bilang, Long,c Epie suda kasitaw ko taw tu,ko x dgr ka?

C Along blang,astagaaa..yaka?sory2…sy tlebih focus kali tu ar..hahhaa

Sy tlebih dgr cerita kmu bat u..hehee…

Sy ni ktawa2 jak..c dydue sma Eysa ala2 marah ni…

Along,beringat skiittttt…ada 6 org dlam ni kreta…haha

Trus c Iena msih leh ktawa smbil mnangis,sa blang knapa?

Sbab lpas ko ksitaw c along tdi,trus ko buat derk bila dia x layan..patut ko kstaw lgi smpai dia dgr..hahahaha…

Sy,hahaha…sa ingt teda sepa2 yg dgr be tu..kesian c Iena sma dydue thantuk..sa xda pa,sa duduk d tgh..haha…

















 tepat jam 5,kami pn berangkat kembali ke Ranau..
masa tu hujan lebat betul..tapi c along drive dgn penuh hati2 juga..hehe
tym ni husband sy tya2 suda kamin d mana..
Ummi pn call suda...tkejut dia sa d kundasang..hahahaha

dalam sempat x sempat tu,akhirnya dpat juga jumpa c Naqia ni..
dia yg sa mo jumpa awal2 tpi da juga yg last..
ni gara2 dia tunggu mo ambil IC baru d JPN la...lama btul dia sna..pa bleh buat gima kn..suda la ujan...hehe
Alhamdulillah...yg penting happy..
Kawan2..kmu happy juga ka?
eseehh...min2 tya..
Pa pun,sa hrap kmu x boring sepanjang bersama sa..muahahaha!...
Sa sedih btul tw mo jalan ni...uhuuu...
sna belum tntu g sa da kawan2 mcm kmu yg gila2 ni...kta smua gila ba kn..ihihi

Semoga kmu bahagia slalu kio...trima kasih byk2..
sama sa mo mnta maaf atas sglanya,slama kta bkwan,mnta d halalkan smua...
sa bangga da kwan2 mcm kmu...
xda pengganti metiiii....
Doakan sy slalu ar..kta sma2 la,sa pn slalu mndoakan kwan2 sa...
Akhir kata...
Sa saaaaaaaaaaaaaaaayyyaaannggg Kamu somaaa..
jgn lupa sa...
keep in Touch!!!





Ummi..Abuya..Adik2..Kakak Syg kamu...

Salam..

Yeaahhh....Sampai Sabah..Alhamdulillah..
Cam bese gak..
Ummi ABuya dtang jemput..
kali ni kami tak singgah rumah Atok...rumah kami pon kami x singgah..Balik Ranau tross..
Sy nak duduk puas2 ngan Ummi Abuya dlm waktu yg tersangat singkat nih..
Ade 6hari je lagi duduk Sabah..Malaysia..
huuhu
Sedeeeeeyyy..
Adoi laaa....
Sjak 2  3menjak ni,semueeee post sy asyik sedih2 je kn...hishyy...
ape boleh buatt...

hurrmm...
Sepanjang duduk kat umah...
Sangat la Happy coz,Ummi ABuya slalu ade,sy tau...
dorang pun berat hati nk lepaskan sy pegi...sebab tu diorg tak tinggal sy ngan husband spanjang waktu tu..kcuali Abuya la,kn keje g keje..
ermmm...

yang Pasti,sya teramat lah sedih,sebak..
aaaaaaahh...
HATI KATA TAK NAK PEGIIIIII.....

Ummi..Abuya...
Kakak just nak Ummi ABuya tau yg kakak Sayang sgt2 kat Ummi Abuya..
Tak terungkap dgn kata2..
kakak tak sanggup nak tinggalkn Ummi ABuya..& Adik2...
huhu..slama ni kakak duduk hostel,jarang dpt brsama..pastu msok ipta,sthun skali je brsama..
pastu...kakak pon kahwin..
bila dah sampai waktu mcm ni,d mana kakak kne pegi brsama suami,baru la kakak prasan yg kakak dh tak boleh nak bgantung ngan Ummi ABuya lgi..bru terasa yg masa kakak brsama Ummi Abuya terlalu la sdikit..terlalu singkat..
T_T
Kakak tak penah menyesal..
tapi,kakak terkilan sbab kakak tak puas hidup ngan Ummi Abuya..
tak puas nak bermanja..
tpi,sape kate kakak x boleh manja lgi bile dh khwin kn?? ^_^
Bila dh besar mcam ni bru la mula rapat ngn Ummi Abuya..
I mean,sblom ni rapat pon,akak msih blom matang utk kenal erti pengorbanan tu..bile dh besaw gini bru la kakak tau betapa susahnya Ummi Abuya membesarkan kami 4 beradik..
Sanggup tggal kat Ranau,tggalkan segala yg kat KK tu..
kalo kakak kat tmpt Ummi ABuya..blom tntu kakak dpat lalui sgala cabaran tu..
bile Ummi crita kisah2 dlu,MashaAllah.....ape yg tpampang d minda kakak ni...?
Kakak bangga..Kakak Bangga sgt2 dgn Ummi Abuya..
Ummi Abuya....Kakak tak nak Ummi Abuya lalui tu smua lgi..
cukup lah dgn apa yg kakak dh tau..
skarang,
Izinkan kakak balas jasa2 Ummi Abuya..
Izinkan kakak jaga Ummi Abuya..biarpn dri kejauhan..
Izinkan kakak trus mnyayangi Ummi Abuya...
Izinkan kakak...
Berkatilah kakak...
kakak tau,ape yg bakal kakak lakukan,x lah setanding atau memang x trbanding dgn apa yg Ummi ABuya dah lakukan utk kakak & adik2 tpi,sekurang2nya,izinkan kakak...
ni la mase yg sesuai utk kakak jalankan tanggungjawab kakak sbagai anak & kakak sulung dlam keluarga kecik kta..

Ummi Abuya..Adik-adik..
Kakak nk minta maaf dari hujung rmbut smpai ke hujung kaki..
Maafkanlah sgala kekurangan,kadaifan kakak selama ni..Maafkan Kakak bila kakak x jadi anak yg baik..maafkan kakak bila kakak x jadi contoh yg baik utk adik...
Maafkan...
Halalkan setiap titis susu yg Ummi beri pda kakak..Halalkan setiap titik peluh yg Abuya kerjakan utk kakak..
adik2..halalkan setiap inci perkongsian hdup kta slama ni..
kakak Redha..
redha dgn perpisahan ni..
kakak tau adik2 sedih...korang smua tak sabar nak timang Baby kakak kn..kakak tau..
kakak kalo boleh,nak Ummi Abuya & adik2 jadi org terdahulu tgk Baby ni,pastu sentuh dia,timang dia..
tpi,kakak tk mampu nk melawan takdir dik..
kakak minta maaf sgt2..
mcm tu gak Ummi Abuya..
smua tau yg Ummi Abuya excited dgn cucu pertama ni..
T_T
maafkan kakak sekali lagi..

Ummi ABuya..Adik-adik...
Selagi kakak hidup d atas Bumi rahmatullah ni,selagi tu la kita tetap bersama dunia akhirat..
Jarak memisahkan..tpi,hati kita masih 1..
kakak janji,InsyaAllah...kakak akan bantu kamu semua..kakak akan sentiasa mnyokong kamu dri jauh..
Doa kakak sentiasa bersama stiap langkah kamu..
Kakak tetap kakak yg dulu,tak berubah..
kakak harap adik2 semua jadi lah anak2 yg soleh & solehah..
ni pesan kakak buat kamu..
sepanjang kakak tggal bjauhan dri semua,tolong jga Ummi ABuya dgn baik..
jgn sakiti hati dorg..
jadilah anak yg sntiasa mnta maaf,wlupun bukan salah kta..
Syurga d telapak kaki Ummi..Abuya masih imam kamu..
dengar ckap,jgn melawan..jgn menipu..jgn mninggi suara..kakak x nak kmu mnyesal hari kmudian..
ingat...sentiasa beringat..Ingat Allah..jgn tinggal solat..insyaAllah..
Allah sentiasa akn bantu hamba Nya yg lemah...

Ummi Abuya..
kalau kakak boleh ungkap sbesar mna sayang kakak pda Ummi ABuya,dh lama kkak buat...
Tapi,kakak cuma mampu apa yg ada skrg,.
Jaga dri baik2...
Jaga ksihatan..
jgn keja berat2 sgt...
kakak harap Abuya sentiasa sabar & maintain mcam slalu wlupun byk dugaan dlm pkerjaan..
bgitu jugak ngan Ummi..
InsyaAllah..
Kta akan sentiasa brhubung nnti..Terima kasih atas sglanyaa...
insyaAllah...
Doa kakak...Semoga kita akan diberi kekuatan dalam sgala hal..dpermudahkan sgala urusan..d murahkan rezki..Amin Ya Rabbal Alamin..

Allah S.w.t Maha mengetahui lagi Maha mengasihani..

Kakak Saaaaaaaaaaaaaaaayaanggg Ummi Abuya & Adik2..
Jumpa lagi...
Peluk cium dri kakak..



Hubby Balik & Visa


…..Jemput Husband…..
Salam…
(n_n)

Harini p jemput hubby d airport lagi..buat yg entah kberapa kali nya..
Hampir tiap2 2 mnggu dia balik Malaysia..
Ermm..
Gembira sungguh hati ni yeee..
Tpi dlam gembira tu kesian gak ngn die..huu
Penat tuh…
Duk berulang alik..dri Arab ke Malysia..
Mlysia ke Arab..
Huhu..
Pjalanan 2hari tiap2 kali..
Kesian Papa….
Terharu sgt coz,hubby tak penah merungut..
Penyabar sgt2…& tu mmg kemahuan die sndiri..
Sape yg tak nak bersama ngn org trsayang tiap masa kn..
Sy sndiri pon mcm tu gak haa..
Ni la ujian yg mndatang,dah nme pon dduk bjauhan kn..
Pengorbanan..
Sabar je laa..
InsyaAllah…
Tak lama lgi,kmi takkan berjauhan lgi..
Coz,kedatangan hubby kali ni,semata2 utk dtg ke Sabah jemput sy,pastu g KL nak menguruskan segala dokumen2,visa yg penting untuk sy,supaya boleh ikut die balik Arab nanti..
Huhuu..
Sy ajar hati ni utk terima je ape keadaan,trmasuk lah trpaksa bjauhan dgn Ummi ABuya,adik2…& tak dpat nk mrealisasikan impian nk bsalin kat cni..
Alhamdulillah…
Hari demi hari..hati ni dah boleh terima sikit2…
Mudah2an sgalanya d permudah kn…
Amiinn…
Ha…tlong amin sma2 yer….

………………………………………………………………………………………………………..

Sepanjang 2-3hari hubby kat umah,rasa meriah je..hehee..
Yela,die kn happy go lucky org nyee..
Ummi Abuya pn ade gak hiburan…
Aduuuh….saat2 ni boleh dikatakan saat2 terakhir bersama Ummi Abuya tau..
Sebabb…
Bila dah siap urusan visa2 ni smua nnti,blik Sabah x smpai smnggu kot,then trus balik Arab..
eeee…. Sebak nye dada niiii…
Ya Allah..Bagi lah kekuatan…kekuatan..kekuatan..
Hemm..
Tu je la..
Tak tau nk ckap ape dah…
T_T

Hubby pn tak putus2 memujuk…
Tiap kali nangis,
Die ckap,kalo tak nak pergi,x pyah la..jangan paksa diri..
Tapi,sy sndiri dh terima & buat kputusan nak ikut die..
Ummi Abuya pn cadang mcm tu..& sy rasa tu la yg terbaik buat masa ni..
Jadi,seberat mana pun,sesukar mana pn,sy tetap akan ikut Papa..
Hubby pn kucup la dahi ni tiap kali menangis..
Dipelok nye..
Tenang rase di hati…
Thank U Sayang…
This is the best way..
Don’t worry…
Yg Penting smuanya baik2..
InsyaAllah..
Semoga Allah sntiasa mmberi yg terbaik pda kta key..Aminn…








…..Visa…..

First Week

Salam…
Alhamdulillah..
BAru smpai KL…
Thank U to My Cousin,yg dah susah2 dtg jemput kami kat airport…

Wat mse ni,aunty ajak stay ngan diorang lu..jadi,esok2 baru g Ampang la..rumah sndri..takkan la nk dduk lame2 kat umah aunty kn..tak ke mnyusahkan dorg nnti…
Spanjang 2hari ni,kami blum start wat pape g,just rest…
Sy pon x berape nk sihat sgt..
Hubby pon demam gak..
Adoi laa…pe la nasib..
Dugaan btol…huhu..
Xpe…xpe..sabar…
Smuanye akan pulih…
InsyaAllah…

Hehee..tpi,sy tetap happy..coz,hubby manjaaaaa sgt2 skrg,maybe dtambah sbab ke’demam’an die tuh..
Olooooo…….comeelll sgt22…
Adalah gelagat die yg wat sy tgelak tu,nasib baik la xde org nmpak..hahaha
Papa..Papa…
Lob Uuu…hehee..

Ok…malam ni Mama masak kgemaran Papa..No problem punyooo..
Cepat sembuh yee…
Mmmmmmuahhh…
(cess..smpat g)





Second Week

Slm…
Okk……
Lepas my Sayang dah sembuh aritu,kami pn mule la siapkan dokumen2 yg perlu utk dapat visa sy tu..
Huh!
Penat & susah taw..bukan senang nk uruskan benda ni smua..
Kami berulang-alik ke Putrajaya,naik Mahkamah..pastu,naik Wisma Putra..
Mcam2 yg perlu dbuat..
Adoiiii..
Kesian kat Uncle kami yg banyak tolong..
Kdang2 die tlong hantar g Putrajaya..senang skit nk masuk sbab die pakai pas tentera,die kan Major…hehee..

Salah satu dri syarat nk wat urusan ni,sy kena wat Medical Check Up,
Report tu plak mestilah dri Hospital Pakar yg tertentu shaja & Hospital tu plak mestilah ada khidmat hntar report kat system Kedutaan Arab Saudi..
Ni la yg wat urusan ni lambat ckit,coz,lepas cek up kne tunggu plak 3 hari…
Bukan skali nih,2 kali sy buat taw…coz,yg first tu x leh wat repot..
Huuu…
Cek up utk residence ni plak mnelan blanja Rm700…
Kalo cek up beset u brpa puluh hinggit je kn..
Xpe,bkorban ape saje..

Pastu,Kami kene pergi ke Kedutaan Utama Saudi Arabia..
Tu pon kalo g sendiri mmg x jumpe office nye,sebab dah pindah tmpat haa..
Nasib baik ade uncle yg sorg lagi ni..Adik kepada Ayah mentua ku..hehe
Kami beruntung coz,die keje kat Malaysia ni,kat KL plak tu..jadi,bila lapang die la yg bawak kami pegi kedutaan..
Yg Paling penting,Uncle & my Husband mmg bertutur dlm bahasa Arab..jadi,urusan masa kat sna Alhamdulillah lancar..
& tak sangka,orang2 kat sna ade yg kenal Abuya sy…
Op kos la kot,coz Abuya pn orang Arab yg tak lama dulu sering brurusan kat cni jgak sbelum jdi warganegara Malaysia..hehehe
Sebenarnye,sy nak crita skit psal keadaan kat dlm kdutaan tu,tpi maybe lain kali kot..hehe..


Baaaanyak sgt2 yg berlaku spanjang kmi mnguruskan benda alah ni…(bnda alah la tu,coz,kalo silap ckit,kne tangkap polis sy ni nnti..hahaha)..
Tpi tak dpat nk critakan smuanyee…
Yg lucu ade,bikin panas ade,mghairankan pon ade…

Tpi yg 1 ni crita je la..hehe
Masa kt Wisma Putra,mase ni kmi kne isi boring utk submit my details ke Arab Saudi..
Org yg urus kat ctu tu,org India Muslim..
Baik sgt org nye..hahaha
Lucu plak tu..
Sy ,husband & Uncle senang nk mntak tlong die wat pape..
Tpi tu la,die jenis yg nak cepaaaat je keje nye..
Die takot kami tertunggu2 la kot,kesian…
Husband kte,nk fotostate yg ni,cepat2 die bangun g fotostate..Uncle mintak slip,cepat2 dia carik cop..kdang2 smpai die bingung2..hehe…
Pastu,ade sekali die tya,U made this Visa for who?& for what??
Husband jawab,For my Wife,coz I’ll take her with me to Saudi Arabia soon..siap tunjuk sy lagi..
Pastu die kte..Ooo..
Pastu,die tanye lagi..But,what is ur relationship??
………………………………………………………………………………………………
Kami bertiga terdiam skejap..
Hahahhahahaa..
Korang perasan something x??
Kan Baru je hubby sy jawab soalan tu…
Adoiii laa..
Kalo dah Wife tu,relationship ape ke jadah nye lagii…
Hahahhahaaa….
Dgn x smena2 nya sy yg dri tdi duk diam saje,tiba2 jwab soalan die tu..
Kalo die ckap sy ni wife die,takkan la relationship kami siblings plak??
Pastu,die tepuk kepala..
Ayoyoo…
Sorry..sorry…hehehee
Kami pn gelak la same2…
Okeh..tu jerk..
Thank U


Alhamdulillah…
Thank U Sooo Much Kat Uncle2 & Aunty yg byk mnolong…

Alhamdulillah…Lagi & LAgi..
Semua urusan dah selesai..
Dah boleh balik Sabah bile2 msa…
………………………………………………………………………………………………………